Tahun ini, kami mempertengahkan “cerita-cerita impak” — kesan-kesan manusia dari projek-projek global yang bermanfaat daripada CC. Data kuantitatif masih penting (Ini sudah tentu ianya laporan tahunan!) tetapi commons adalah lebih daripada angka. Kami akan menunjukkan bagaimana sumber-sumber, budaya dan keterbukaan Commons yang membuat kehidupan semua lebih baik. State of the Commons tahun ini menunjukkan bagaimana kolaborasi dan penghargaan membawa commons dan komunitinya, dan menerokai kemungkinan kreatif daripada perkongsian dan hubungan rapat antara pencipta di serata dunia dimana mereka menjemput diantara satu sama lain ke dalam komuniti yang dikongsi bersama. Commons adalah sebuah tindakan kolektif yang dilakukan secara skala global, dalam dunia dimana perkara yang dibina meningkat bersama sedang dirombak.
Tidak pernah keperluan untuk akses ilmu dan budaya dirasakan begitu mustahak, begitu bernilai dan begitu penting. Kita memerlukan commons, etosnya, dan penyumbang-pengumbang lebih berbanding sebelumnya, dan kami amat bersyukur kepada mereka yang telah membantu kami dalam membina. Dengan kerjasama komuniti global kami, kami telah mengenal pasti kecergasan orang dan projek-projek yang menarik dan berkesan. Kami amat teruja untuk berkongsikan profil-profile mereka, dan kami berharap anda akan temui inspirasi untuk pendekatan kerja yang anda lakukan agar lebih terbuka, kolaboratif, dan dibawa dengan penghargaan. Terima kasih, seperti sebelumnya, diatas sumbangan anda kepada commons.
Dengan penghargaan,
Ryan Merkley
CEO, Creative Commons
@ryanmerkley