Top

Selamat Datang ke sambutan tahunan pergerakkan global Creative Commons—Laporan State of the Commons kami.

SOTC menerokai keluasan tatasusunan kreativiti dan pengetahuan yang diperolehi secara percuma di bawah lesen CC licenses. Sepanjang laporan, kami akan menunjukkan bagaimana hasil kerjas dalam commons telah berkembang dan dihasilkan sepanjang tahun ini, dan menerokai kesan commons yang mencorak budaya kita.

Dalam edisi SOTC sebelumnya, kami fokus kepada usaha dalam mengukur dan melaporkan data quantitatif misalnya, jumlah angka karya-karya dalam talian yang berlesen terbuka, peratusan lesen-lesen CC digunakan merentasi pelbagai bidang, dan jumlah hasil karya di bawah lesen CC yang disediakan untuk orang ramai melalui platform perkongsian dimana alat undang-undang tersebar luas. Data tersebut masih di sini, tetapi tahun ini kami telah pergi lebih jauh: strategi organisasi baru CC' yang fokus kepada peningkatan kecergasan dan kebolehgunaan commons (bukan hanya jangkauan dan jumlah itu), kami turut memberi tumpuan kepada cerita-cerita dan orang-orang disebalik commons juga.

Tahun ini, kami mempertengahkan “cerita-cerita impak” — kesan-kesan manusia dari projek-projek global yang bermanfaat daripada CC. Data kuantitatif masih penting (Ini sudah tentu ianya laporan tahunan!) tetapi commons adalah lebih daripada angka. Kami akan menunjukkan bagaimana sumber-sumber, budaya dan keterbukaan Commons yang membuat kehidupan semua lebih baik. State of the Commons tahun ini menunjukkan bagaimana kolaborasi dan penghargaan membawa commons dan komunitinya, dan menerokai kemungkinan kreatif daripada perkongsian dan hubungan rapat antara pencipta di serata dunia dimana mereka menjemput diantara satu sama lain ke dalam komuniti yang dikongsi bersama. Commons adalah sebuah tindakan kolektif yang dilakukan secara skala global, dalam dunia dimana perkara yang dibina meningkat bersama sedang dirombak.

Tidak pernah keperluan untuk akses ilmu dan budaya dirasakan begitu mustahak, begitu bernilai dan begitu penting. Kita memerlukan commons, etosnya, dan penyumbang-pengumbang lebih berbanding sebelumnya, dan kami amat bersyukur kepada mereka yang telah membantu kami dalam membina. Dengan kerjasama komuniti global kami, kami telah mengenal pasti kecergasan orang dan projek-projek yang menarik dan berkesan. Kami amat teruja untuk berkongsikan profil-profile mereka, dan kami berharap anda akan temui inspirasi untuk pendekatan kerja yang anda lakukan agar lebih terbuka, kolaboratif, dan dibawa dengan penghargaan. Terima kasih, seperti sebelumnya, diatas sumbangan anda kepada commons.

 

Dengan penghargaan,

Ryan Merkley
CEO, Creative Commons
@ryanmerkley

Tunjukkan Lagi Mengenai Proses dan Fokus Kami

1.2 Bilion

Kerja-kerja di bawah lesen Creative Commons 

2016
1,204,935,537
0
2015
1,118,900,000
0
2014
882,000,000
0
2010
400,000,000
0
2006
140,000,000
0
65

karya-karya Creative Commons dikongsikan di bawah lesen-lesen “Budaya Bebas”

Pecahan oleh jenis-jenis lesen:

 CC0: 6%

 Peralatan Domain Awam Lain: 2%

CC BY: 20%

CC BY-SA: 37%

CC BY-NC-ND: 14%

CC BY-NC-SA: 13%

CC BY-NC: 6%

CC BY-ND: 2%

Muzium Seni Metropolitan New York mengeluarkan 375,000 karya-karya digital di dalam domain awam melalui CC0

Jumlah hasil kerja domain awam ditanda dengan peralatan CC

pd
Gambar Latar belakang: “Southern Gardens” oleh Paul Klee (German (dilahirkan Switzerland), Münchenbuchsee 1879–1940 Muralto-Locarno) adalah melalui domain awam Muzium Seni Metropolitan melalui CC0

Seluruh Dunia

Gambar Latar belakang: Marble Black – Asia dan Australia oleh NASA Goddard Space Flight Center adalah dibawah lesen CC BY 2.0
Peta

Afrika

Inisiatif Buku Cerita Afrika

Dalam benua dimana penerbitan konvensional menghasilkan secara relatif judul-judul dalam bahasa Afrika, Inisiatif Buku Cerita Afrika menyediakan akses terbuka kepada ribuan buku cerita bergambar untuk literasi kanak-kanak, keseronokan dan penuh imaginasi.

Image oleh Wiehan de Jager, Inisiatif Buku Cerita Afrika di bawah lesen CC BY 3.0

Inisiatif Buku Cerita Afrika bekerjasama dengan organisasi-organisasi dan individu-individu untuk memudahkan akses kepada buku cerita dan membina alat laman web untuk pengguna membina, menterjemah, dan mengadaptasinya. Setakat ini, inisiatif tersebut telah mencipta buku cerita di dalam 94 bahasa afrika dengan sokongan 30 rakan organisasi-organisasi seluruh Afrika.

Pelbagai projek dalam pelbagai negara menggunakan laman web tersebut dan/atau buku cerita dengan campur tangan pasukan projek Buku Cerita Afrika: sekolah dan perpustakaan komuniti berkhidmat sebagai perintis kepada laman web; kerajaan-kerajaan yang menggunakan kandungan untuk platform mereka untuk mencetak dan edaran; dan rakan kongsi menambah kepada dan menggunakan kandungan untuk literasi mereka membina program-program. Disamping itu, projek tersebut menawarkan pendidik yang membuat integrasi peralatan laman web dan buku cerita kepada program latihan pra-perkhidmatan mereka, serta pensyarah-pensyarah dari institusi-institusi pengajian tinggi yang merangsang pelajar-pelajar pascasiswazah untuk bereksperimen dan menggunakan penyelidikan Buku Cerita Afrika. Adunan semula kandungan adalah hasil inspirasi Projek Global Buku Cerita Afrika, yang menterjemahkan cerita-cerita dalam pelbagai bahasa dengan beberapa sumber untuk pembelajaran kanak-kanak.

Setakat September 2016, inisiatif ini mengandungi 730 buku-buku cerita dan 2,754 terjemahan/adaptasi. Dalam hanya dua tahun, 636,803 buku-buku cerita telah dimuat turun dengan kadar pengunjung sebanyak 4800 orang setiap bulan, dimana 2,800 adalah pengunjung baru. Lebih lanjut, Projek Global Buku Cerita Afrika telah mencipta 460 terjemahan di dalam 26 bahasa. Di antara 30 dan 400 judul-judul Buku Cerita Afrika telah diterbitkan semula pada pelbagai akademik dan laman komersial.

Tunjuk Lebih
Peta

Senegal

Koleksi Coutinho

752 koleksi gambar Professor Roel Coutinho mengandungi pelbagai pemandangan kehidupan semasa waktu peperangan, termasuk tarian, hospital, dan pergerakan pemberontakan PAIGC.

Gambar Latar belakang: Wedding party of Francisco Mendes oleh Roel Coutinho melalui Wikimedia Commons di bawah lesen CC BY-SA 4.0

Professor Roel Coutinho mendermakan 752 fotograf kerja perubatan dari 1973-1974 kepada Commons, dirakam ketika tahun-tahun terakhir perjuangan untuk kemerdekaan di Senegal dan Guinea-Bissau terhadap jajahan pemerintahan Portugis. Gambar-gambar ini, asalnya ditempatkan di perpustakaan Pusat Pembelajaran Afrika di Leiden, Belanda, adalah pandangan menawan yang menjadi bahagian yang penting dalam sejarah Afrika yang jarang dibincangkan, adalah satu sejarah yang penting di benua Afrika. Projek ini baru-baru ini dimuat naik ke Wikipedia setelah berjaya dipamerkan di Avignon, Perancis pada 2013. Metadata berkaitan boleh didapati di Wikimedia Commons dan dikongsi di bawah lesen CC BY-SA.

Tunjuk Lebih
Peta

Indonesia

Horison

Majalah sastera Indonesia, Horison dan CC Indonesia telah mendigitalkan 264 isu-isu terbitan lama yang bersejarah dari 1960-hingga kini yang akan diterapkan ke dalam kurikulum sekolah sastera.

Majalah Horison, isu December 1977 oleh Majalah Horison di bawah lesen CC BY-SA 4.0

CC Indonesia telah bekerja sejak 2013 untuk mendigitalisasikan dan menyediakan akses percuma kepada dokumen-dokumen kebudayaan di Indonesia, tetapi persetujuan tahun ini dengan Horison adalah sebuah mercu tanda kemampuan mereka untuk bekerja dengan institusi-institusi kebudayaan dan para pencipta untuk memuat naik kandungan mereka dan memelihara sejarah moden Indonesia menggunakan Wikimedia dan agregator kandungan yang lain. Pasukan CC Indonesia team telah bekerja secara langsung dengan pihak lembaga pengarang dan Wikimedia Indonesia dalam usaha untuk mengajar mereka bahaimana untuk memuat naik bahan-bahan mereka ke Wikimedia serta mengajar mereka mengenai lesen CC BY-SA, sebuah lesen yang membenarkan pelbagai penggunaan arkib lama, termasuk adunan semula dan juga penggunaan komersial arkib. Bergerak kehadapan, pasukannya akan teruskan usaha dengan Horison untuk mengekalkan handungan terbitan mereka.

Hasil kerja CC Indonesia membuktikan bahawa hubungan diantara institusi-institusi kebudayaan adalah penting untuk perkembangan Commons, dan kumpulan kecil para sukarelawan boleh memainkan peranan mereka untuk mengekalkan dan melindungi sejarah yang amat kaya. Melalui projek ini yang hanya berusia beberapa bulan, sejak December 2016, ia telah diakses hampir 750,000 kali.

Tunjuk Lebih
Peta

Amerika Syarikat

Dr. Amin Azzam

Sebahagian hasil kerja kursus universiti, pelajar-pelajar perubatan Dr. Amin Azzam menyunting dan memperbaiki artikel Wikipedia di bawah lesen CC yang telah dilihat lebih dari 22 juta kali sepanjang tahun.

Dr Amin Azzam oleh Kathleen Krushas adalah di bawah lesen CC BY 4.0
Background photo: Editing Wikipedia for medical school credit – 2016 poster by Amin Azzam, Lane Rasberry, James Heilman, Kingsley Otoide, Jack McCue is licensed CC BY SA 4.0

Disokong oleh Yayasan Pendidikan Wiki, Azam mewujudkan satu kursus untuk program usahasama UC Berkeley-UCSF yang menggalakkan dan menyokong pelajar perubatan dalam usaha mereka untuk menyunting artikel-artikel Wikipedia dengan topik-topik berkaitan dengan kesihatan. Kesan daripada hasil kerja pelajar-pelajar ini dinyatakan di dalam sebuah artikel kajian bertajuk “Mengapa Sekolah-sekolah Perubatan Harus Merangkumi Wikipedia: Sumbangan-sumbangan kepada artikel-artikel Wikipedia oleh Pelajar Tahun Akhir Perubatan untuk Kredit Akademik di One School,” yang kemudiannya diterbitkan dalam Academic Medicine, sebuah jurnal tertinggi perubatan akademik. Artikel berkaitan perubatan dan kesihatan di Wikipedia adalah antara artikel paling tinggi dibaca oleh orang awam. Artikel-artikel yang disunting dan diperbaiki oleh pelajar-pelajar perubatan di dalam kursus Dr. Azzam telah dilihat 1.1 juta kali dalam masa dua bulan ketika pelajar secara aktif menyunting artikel. 42 artikel telah secara kolektif dilihat lebih 22 juta kali sejak beberapa tahun lalu. Kerja Azzam mewujudkan sebuah kursus berdasarkan hanya amalan pendidikan terbuka, dimana terhasil kerja baru yang ditambah dengan kerja sedia ada dan yang umum melalui Wikipedia.

Tunjuk Lebih
Peta

Lebanon

Maya Zankoul

Ilustrator popular, pengarang komik web, dan blogger Maya Zankoul menyebarkan mesej commons melalui karyanya, studio rekaan, dan video syarikat wezank.

Cover of Amalgam Vol. 2 oleh Maya Zankoul di bawah lesen CC BY-NC 3.0

Buku pertama Zankoul, Amalgam, telah diterbitkan pada 2009 di bawah lesen CC BY-NC. Buku hasil dari komik web popular beliau menerokai tentang kehidupan, alam pekerjaan, dan alam seni di Beirut dan sebaliknya. Karya Zankoul menyentuh mengenai hubungan antara kebudayaan dengan ilustrasi dibentuk dari dunianya yang kaya dengan seni. Buku terbaru beliau, Beirut – New York, telah diterbitkan pada musim luruh.

“Saya dapati bahawa ilustrasi saya membolehkan orang lain melihat sesuatu secara berbeza. Ia memberikan mereka melangkah jauh status quo.”

Tunjuk Lebih
Peta

New Zealand

Geonet

Di New Zealand, gempa bumi dan bencana alam yang lain mudah untuk dikesan dan difahami terima kasih ke atas data terbuka yang di sediakan oleh GeoNet, laman rasmi bahaya geologi New Zealand.

Gambar Latarbelakang: Inland and Seaward Kaikouras and Clarence River mouth, Marlborough, New Zealand, 28 Oct. 2009 oleh Phillip Capper adalah di bawah lesen CC BY 2.0

GeoNet menguna pakai lesen CC BY agar dapat menyediakan kepentingan maklumat terbuka dan respons yang cepat kepada gempa bumi, aktiviti gunung api, dan tsunami. Masa nyata lesen di bawah CC BY dan format terbuka kini digunakan semula setiap hari untuk pengurusan kecemasan, penyelidikan, penggunaan industri, dan oleh orang ramai. GeoNet telah menjadi sebuah alat teras untuk sistem kedudukan global, instrumen sukatan, perundingan geoteknikal, kerajaan tempatan dan pusat, serta untuk universiti tempatan dan universiti antarabangsa dan organisasi-organisasi penyelidikan. Pada 2016, ia merekodkan lebih 32,000 gempa bumi dan telah mengubah cara orang ramai mempelajari tentangnya dan memahami gempa bumi melalui format terbuka yang disediakan. Pada 14 November 2016, hari berlakukanya gempa bumi magnitud 7.8 di Kaikoura, terdapat 250 juta kunjungan ke laman web dari perisian  pihak ketiga – masyarakat sekeliling dunia ingin mengetahui kekuatan gempa bumi dan apa maksudnya pada mereka. Geonet menghantar 206 juta nasihat pada hari tersebut melalui perisian, laman web, dan laman media sosial. Disebabkan capaian Geonet, terdapat peningkatan maklumat mengenai protokal keselamatan yang pelbagai dimana kawasan yang perlu dielakkan oleh tsunami dan nasihat tentang apa perlu dijangka termasuk jenis saiz selepas berlakunya gempa bumi. Di seluruh dunia, pengetahuan baru dan penyelidikan telah dibuat melalui perundangan penggunaan semula data berlesen tersebut.

Tunjuk Lebih
Peta

Uruguay

Colibri

Colibri dari Universidad de la República adalah sebuah repositori akses terbuka merebak pantas untuk kajian akademik melalui Uruguay sambil meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan lesen-lesen terbuka.

Colibri: Komuniti  oleh Universidad de la República di bawah lesen CC BY-NC-ND

Universidad de la República adalah universiti utama di Uruguay dan adalah awam, percuma dan terbuka kepada semua pelajar. Ketua Projek Colibri berharap bahawa manfaat dari pengalaman akses terbuka akan meyakinkan pihak universiti untuk bergerak dari lesen-lesen yang lebih ketat seperti CC BY-NC-ND, kepada lesen-lesen yang lebih terbuka seperti CC BY-SA.

Pada 2016 saja, koleksi universiti telah menambahkan 6,132 hasil kerja baru, 60 koleksi baru, 3,012,107 carian, dan 954,475 muat turun.

Tunjuk Lebih
Peta

United Kingdom

Muzium British dan Sketchfab

Muzium British mengeluarkan 128 model kepada Sketchfab, memberikan akses yang lebih besar dan interaksi dengan koleksi 3D muzium berbanding sebelum ini.

Tangkapan skrin dari model 3D: Granite head of Amenemhat III oleh The British Museum melalui Sketchfab di bawah lesen CC BY-NC 4.0
Gambar Latarbelakang: ‘Black’ Pyramid of Amenemhet III oleh Vincent Brown iadalah di bawah lesen CC BY 2.0

Selain menawarkan pelesenan CC, platform penerbitan kandungan 3D Sketchfab memudahkan muzium untuk berkongsi post di media sosial dan WordPress dengan widget yang terbenam. Koleksi arca Muzium British ini, yang bermula dari patung ikonik Ramses II kepada model muzium itu sendiri, membawa kepada interaksi yang lebih luas dengan warisan budaya dan pemodelan 3D dan percetakan. Kerana lesen CC BY-NC membolehkan memuat turun fail-fail, kerja-kerja boleh dikongsi dalam pelbagai cara juga. Muzium ini telah dimuat naik atau diadun semula lebih 100 kerja-kerja diskrit dan model kepada koleksinya, yang telah mempunyai lebih daripada 200,000 pandangan dan 20,000 muat turun sejak penubuhannya.

Tunjuk Lebih
Peta

Sepanyol

Kilang Para Pendidik Terbuka UNIR

Universidad Internacional de la Rioja melancarkan platform Kilang Para Pendidik Terbuka untuk profesor-profesor universiti untuk membelajari dan berhubung tentang latihan-latihan pendidikan terbuka.

Imej disediakan oleh Fabio Nascimbeni, UNIR di bawah lesen CC BY 4.0

UNIR adalah sebuah universiti global, 100% dibuka atas talian di tubuhkan di Logroño, Sepanyol pada 2009. Platform Kilang Para Pendidik Terbuka, sebuah projek baru oleh Vice-chancellorship untuk Knowledge Transfer & Technology, bertujuan untuk membaikpulih keupayaan para pendidik universiti untuk menggunakan pendekatan terbuka dalam kerja dan ajaran seharian mereka. Dengan mengisi soal selidik, profesor-profesor universiti dan para pensyarah boleh menilai diri mereka dengan “keupayaan terbuka“ dari segi rekaan terbuka, kandungan terbuka, pedagogi terbuka dan penilaian latihan terbuka. Mereka juga turut menerima garis panduan khas (bacaan, video, kursus-kursus) untuk melanjutkan dan menerima pakai konsep terbuka dalam setiap dimensi dalam aktiviti mereka. Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin universiti yang mahukan peningkatan terhadap keupayaan terbuka untuk mengajar staf-staf agar boleh menilai posisi dengan menghormati dimensi-dimensi terbuka yang berbeza, mengenalpasti juara pendidikan terbuka yang boleh memberi inspirasi kepada yang lain untuk mengadaptasi pendekatan-pendekatan terbuka.

Hanya dalam beberapa tahun, UNIR telah meluluskan lebih dari 39,900 pelajar dari 79 negara dan menyediakan lebih 1,350 jam kelas atas talian. Ia juga telah mengambil lebih dari 1,000 penyarah dari serata dunia dan sebanyak 500 pentadbir serta pakar sokongan. Kejayaan universiti ini dalam misinya, iaitu menghubungkan pendidikan kepada perniagaan, telah membantu pendidikan global untuk merangkul semangat terbuka dan inovasi terbuka.

Tunjuk Lebih
Peta

Pakistan

Universiti IQRA

Di Universiti IQRA di Karachi, Pakistan, Jurnal Pengurusan Asia Tenggara dinamakan salah sebuah jurnal terulung di dunia oleh ScholarOne dari Thomson Reuters.

Gambar Latarbelakang: IQRA University Main Campus oleh Hassan Dar di bawah lesen CC BY-SA 3.0

Menggunakan Creative Commons telah membenarkan jurnal terbitan dua kali setahun itu diulas rakan sejawat untuk menerima lebih perspektif yang pelbagai dalam hal bahasa, agama, budaya, politik, teknologi, dan ekonomi. Ia telah digunakan di bawah lesen CC BY-SA sejak 2014 dan telah dipetik 95 kali sejak 2012. Adoptasi lesen telah memudahkan kepada penyelidik untuk berkolaborasi dalam projek-projek antara disiplin, termasuk adunan semula. Tahun ini, jurnal menerima penghormatan tertinggi dalam pengajian tinggi dari kerajaan Pakistan dan mengambil langkah untuk menyertai OASPA (Open Access Scholarly Publishing Association) yang berprestij.

“EIC Muhammad Imtiaz Subhani dan Pengarah Penyunting Amber Osman, yakini dengan perkongsian ilmu yang jauh dan meluas. Creative Commons telah memberi platform untuk menjamin dan melindungi penyelidikan kerja akses terbuka SAJMS.”

Tunjuk Lebih
Peta

El Salvador

Datos El Salvador

Portal pertama data terbuka El Salvador, DatosElSalvador.org, dibina oleh para pengguna dan sepenuhnya di bawah lesen Creative Commons.

Tangkapan skrin dari Graduados Ingeniería, Maestría y Doctorado en El Salvador (2010-2014) oleh OKFN El Salvador di bawah lesen CC BY-NC 4.0

Sejak 2014, DatosElSalvador.org telah menerbitkan lebih dari 500 sumber-sumber data yang telah digunakan semula oleh usahawan, wartawan, dan penyelidik-penyelidik, diantara yang lain. Projek dari CC El Salvador dan Open Knowledge International El Salvador, DatosElSalvador.org telah mengambil bahagian dalam pelbagai persidangan dan acara untuk penciptaan bersama seperti Hari Pendidikan Terbuka pada 2014 dan 2017 ketika menggunakan data terbuka dan lesen-lesen terbuka. Tahun ini, project tersebut telah disenaraikan untuk anugerah Impak Sosial Data Terbuka dari Institut Data Terbuka. Pada 2016, ahli kumpulannya telah menterjemahkan dokumen Sunlight Foundation, dibentangkan di PeaceTechLab di Costa Rica, dan mencipta siri visualisasi untuk Bandar Xalapa dan Kampus Maya OAS.

Tunjuk Lebih
Peta

Amerika Syarikat

OpenStax Physics

Buku teks fizik kolej OpenStax telah digunakan oleh seratus dari orang lain secara pelajar-pelajar lain secara serata dunia, dan adaptasi oleh para pendidik ke dalam videos dan material pendidikan-pendidikan yang lain.

Tangkapan skrin dari College Physics iBook oleh OpenStax di bawah lesen CC BY 3.0
Gambar Latarbelakang: Seminar on differential equations and integration theory oleh Milan Tvrdy adalah di bawah domain awam melalui Public Domain Mark

OpenStax Physics image oleh Rice University di bawah lesen CC BY 4.0

Buku teks dan video bukan saja mencipta sumber yang bernilai untuk kursus fizik, ia disediakan untuk semua orang. Mana-mana pelajar yang menggunakan OpenStax Physics – dan sesungguhnya semua orang, tidak kisah apa jenis buku teks yang digunakan – boleh menggunakan video-video tersebut sebagai sumber tambahan. Disamping itu, pengajar-pengajar boleh memanfaatkan teks College Physics untuk mencipta bahan pembelajaran mereka seperti video syarahan yang dibuat oleh Barbara Gilbert di Kolej Komuniti New Mexico Central. Di dalam syarahan ini, ia boleh didapati percuma di YouTube, Profesor Gilbert menggariskan konsep fizik yang digambarkan di dalam teks, hasil contoh masalah, dan membantu pelajar dengan berlatih untuk menyiapkan formula-foruma dan graf-graf. Video Profesor Gilbert telah hampir dilihat sebanyak 4,000 paparan. Di bawah lesen CC dan kos yang kurang dari $50 dalam cetakan dan $0 atas talian, College Physics telah menjimatkan pelajar dengan lebih $30,000,000 sejak ia diterbitkan – hampir $11,000,000 sepanjang tahun ini. Ia telah digunakan oleh 110,861 pelajar ketika tahun akademik semasa, dan 306,932 pelajar sekaj ia diterbitkan.

Tunjuk Lebih

Sorotan Platform

Kami bekerja dengan platform-platform kandungan untuk memudahkan penerokaan, perkongsian dan kerjasama dalam kreativiti dan pengetahuan. Berikut adalah antara pencipta-pencipta dan projek-projek yang paling menarik dari rakan kongsi kami sepanjang 2016.
858,000 imej-imej di bawah lesen CC

Sejak ia dilancarkan pada 2009, 500px telah mengukir ceruk di dalam laman web foto-tertepu sebagai platform dan pasaran untuk dikongsikan dan menemui imej-imej berkualiti tinggi oleh para jurugambar bebas. Dalam hanya satu tahun, jurugambar-jurugambar 500px telah menyumbangkan hampir 200,000 gambar di bawah lesen CC, berkembang dengan jumlah imej di bawah lesen CC di atas platform kepada 858,019.

Jurugambar Moe Zoyari merakamkan dan menerbitkan sebuah set gambar-gambar yang memenangi anugerah yang menampilkan kehidupan masyarakat Afghans yang cuba membina semula kehidupan mereka selepas peperangan.

Gambar latar-belakang: Iran oleh Moe Zoyari di bawah lesen CC BY-NC-SA 3.0

Moe Zoyari jurugambar berkelahiran dari Iran yang berpangkalan di Berlin dan produser multimedia dimana karyanya telah  dipaparkan di dalam Newsweek, Time, dan Der Spiegel. Sebelum ditempatkan semula ke Berlin dari Iran, beliau menghabiskan 44 hari di Afghanistan sebagai jurugambar dan wartawan dengan tentera U.S., dimana beliau setiap hari merakamkan penduduk-penduduk Afghan yang cuba untuk membina semula kehidupan mereka selepas peperangan. Beliau mengeluarkan sebuah set gambar-gambar tersebut di 500px di bawah lesen; gambar-gambar ini telah diterbitkan di dalam Marie Claire dan beliau memenangi hadiah utama pertandingan gambar PDNedu. Beliau telah dipuji oleh pemenang hadiah Pulitzer Kim Komenich terhadap kemahiran jarang beliau yang menggabungkan “kebolehan puitik untuk merakamkan detik keintiman di dalam pemandangan besar dengan kemahiran orang yang diperlukan untuk memulakan hubungan intim fotografik dengan bilik penuh dengan orang asing”. Foto-foto beliau di 500px telah dilihat sebanyak 44,000 kali.

Tunjuk Lebih
108,000 trek di bawah lesen CC

Arkib Muzik Percuma (FMA) adalah sebuah komuniti artis bebas yang mengembangkan kolaborasi muzik. 97% dari runut-runut FMA adalah di bawah lesen CC atau domain awam, dan dalam masa setahun, artis-artis FMA telah menyumbangkan tambahan 22,000 runut-runut, membawakan jumlah keseluruhan karya-karya CC kepada 108,770.

Sorotan Orkestra Freeharmonik

Sedozen artis dari serata dunia berhubung melalui Arkib Muzik Percuma (FMA) untuk mencipta album kolaborasi “Freeharmonics Volume 1”.

Imej Diskografi oleh Orkestra Freeharmonic adalah domain awam melalui CC0

Paradigma kolaborasi muzikal, Orkestra Freeharmonic terdiri dari 12 pemuzik dari serata dunia dibawa bersama oleh Arkib Muzik Percuma (FMA). Diterajui oleh Steve Combs dan Simon Mathewson, sedozen artis telah berkerja di dalam tiga kumpulan untuk menghasilkan tiga trek runut dalam tatasusunan bulatan robin (round robin array) sama ada permulaan atau pengakhiran persembahan bersama-sama. Hasilnya adalah album Freeharmonics (Vol. 1) di bawah lesen CC, berserta dengan pek stem yang disediakan bagi adunan semula. Dua orang ahli dari kumpulan tersebut telah ditemuramah untu satu episod podcast di Radio Free Culture, di mana anda boleh sedia mendengarkannya di sini.

“Saya rasa kunci kepada keseluruhan projek ini adalah mengenali orang-orang dari serata dunia untuk bekerjasama dalam satu bilik maya dan menghasilkan seni… dan inilah yang paling indah tentangnya [FMA].”

Tunjuk Lebih
27.7 juta objek-objek digital di bawah lesen

Europeana adalah perpustakan digital di Eropah, menawarkan lebih dari 54 juta rekod warisan budaya dari lebih 3,500 institusi kebudayaan. Terima kasih kepada CC0, rekod-rekod ini adalah bebas dari sekatan dan boleh diakses melalui API Europeana. Rekod-rekod Europeana juga menyediakan maklumat berharga tentang status hak cipta objek-objek ditempatkan di institusi-institusi kebudayaan Eropah. Setakat ini, sebanyak 27,712,679 objek-objek boleh didapati di bawah lesen CC atau di dalam domain awam. Kerja-kerja di dalam domain awam adalah kumpulan terbesar dengan lebih daripada 12 juta rekod-rekod. Majoriti kerja-kerja ini adalah imej dan teks, selain video, rakaman audio dan objek-objek 3D.

Muzium Seni dan Reka bentuk Hamburg melancarkanplatform dalam talian menyediakan akses kepada lebih dari 7,000 karya domain awam Art Nouveau dan gambar-gambar purba Jepun.

Gambar Latarbelakang: Der Schauspieler Segawa Kikunojō III als Utsusemi, Blatt 3 aus der Serie: Die 54 Kapitel des Edo Violett oleh Utagawa Kunisada melalui MKG Sammlung Online adalah domain awam melalui CC0

Sebagai rakan kongsi Europeana, Muzium Galeri Seni dan Reka Bentuk Hamburg mengandungi lebih dari setengah juta karya-karya dari seni halus, seni guna dan seni dekoratif. Sejak baru-baru ini, muzium tersebut melancarkan platform dalam talian yang mengeluarkan koleksi awal dengan lebih 7,000 imej objek domain awam kepada orang ramai melalui CC0. Menyediakan gambar-gambar tersebut ini sejajar dengan misi asas muzium “untuk menawarkan orang yang bekerja dalam bidang seni dan kraftangan untuk kajian dan tiruan bagi mempertingkatkan kualiti kerja-kerja bengkel serantau.”

Tunjuk Lebih
42.5 juta artikel berlesenkan CC

Ensiklopedia terbesar di dunia adalah kolaboratif sepenuhnya dan berlesen terbuka, dengan artikel Wikipedia 100% dibawah lesen CC BY-SA. Sehingga kini, lebih 70,000 sukarelawan Wikipedia telah menyumbangkan 42.5 juta artikal dalam 294 bahasa.

Sorotan Peta Iceland Abad ke-17

Sebaliknya Peta Iceland Abad ke-17 yang kurang jelas digunakan untuk menggambarkan mengenai Iceland di dalam artikel Wikipedia, mengakibatkan paparkan peta meningkat dan digunakan semasa kejohanan bola sepak Euro 2016.

Peta tersebut telah didigitalkan dan dimuat naik ke Wikimedia Commons oleh Pusat Penyelidikan dan Pengumpulan dari Universiti Edinburgh di bawah CC BY, dan kemudiannya digunakan untuk menggambarkan artikel Wikipedia dalam bahasa Inggeris dan Jerman mengenai negara Iceland. Pembacaan untuk artikel-artikel Wikipedia meningkat ketika kejohanan bola sepak Euro 2016 Euro, apabila peminat-peminat bola sepak tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Iceland telah klik artikel dan peta dalam jumlah yang eksponen pada 27 Jun (apabila Iceland menewaskan England 2-1). Sebalik duduk menggenang dalam koleksi Universiti, peta telah dilihat lebih 3.4 juta kali di Wikipedia.

Tunjuk Lebih
381 Juta imej-imej di bawah lesen CC

Flickr terus kekal sebagai platform imej terbesar atas talian dengan 381,101,415 imej-imej di bawah lesen CC atau imej-imej domain awam. Sejak Flickr menambah CC0 dan tanda domain awam sebagai pilihan pada tahun lepas, pengguna telah berkongsi lebih 4.5 juta imej-imej di dalam domain awam.

Sorotan Inisiatif Multimedia Commons

Setelah Flickr mengeluarkan metadata untuk 100 juta gambar dan video di bawah lesen CC (set data YFCC100M) pasukan-pasukan penyelidik dari serata dunia menggunakannya untuk membina aplikasi, membuat eksperimen pembinaan semula 3D, dan menerokai interaksi orang berserta tempat.

Tangkapan skrin scarian untuk “Model 3d” daripada Pelayar YFCC100m. Untuk lesen CC bagi setiap imej, sila klik hasil-hasil keputusan di laman web.
Gambar Latarbelakang: “3D Hackerspace Berlin _MG_3817” oleh BERLIN in 3D di bawah lesen CC BY 2.0

Pada 2014, Yahoo Labs dan Flickr mengeluarkan Yahoo-Flickr Creative Commons 100 Juta set data mengandungi metadata untuk 99.2 juta imej dan 800,000 video yang telah di muat naik ke Flickr di bawah salah satu lesen CC. Sejak itu kolaborasi pelbagai institusi dan komuniti penyelidikan dipanggil Inisiatif Multimedia Commons telah muncul di sekitar set data, dengan penyelidik yang menyumbangkan ciri-ciri tambahan dan anotasi-anotasi serta eksperimen bersama kaedah baru analisis, pengkategorian dan pencarian. Set data tersebut telah digunakan untuk penyelidikan di dalam bidang seperti visi komputer, pemprosesan imej, dan analisa kandungan video. Sebagai contoh, penyelidik-penyelidik telah dapat membina semula struktur-struktur 3D dari imej 2D, selain menggunakan tag geo imej untuk menerokai interaksi orang dengan tempat. Kebanyakkan penemuan data lebihan telah dikongsikan semula dengan komuniti melalui CC0, dan terima kasih kepada komuniti ini set data YFCC100M telah diminta untuk kegunaan oleh penyelidik-penyelidik lebih dari 1,400 kali dalam 172 bahasa, mengakibatkan 160 petikan penyelidikan.

Tunjuk Lebih
160,000 artikel-artikel penyelidikan di bawah lesen CC

Sejak 2000, Public Library of Science (PLOS) telah memajukan akses terbuka kepada penyelidikan sains. 16 tahun kemudiaannya, ia telah menerbitkan lebih dari 160,000 artikel di bawah CC BY, dengan PLOS ONE, jurnal pelbagai disiplin Akses Terbuka pertama di dunia, 5% artikel-artikel adalah di bawah CC0. PLOS hanya diantara salah satu daripada banyak penerbit akses terbuka, walau bagaimanapun, dengan direktori Open Access Journals (DOAJ) dilaporkan lebih dari 2 juta artikel diterbitkan dalam laman web di bawah CC, 52% diterbitkan menggunakan 0A standard emas di bawah lesen CC BY.

Sorotan Open Access Media Importer oleh Visualizing Complex Science

Pasukan Visualizing Complex Science menghasilkan Open Access Media Importer (OAMI) untuk membuat sains multimedia diakses kepada orang ramai.

Visualizing Complex Science terdiri dari Daniel Mietchen, Raphael Wimmer dan Nils Dagsson Moskopp. Pasukan ini telah mencipta Open Access Media Importer (OAMI), sebuah ‘bot’ yang boleh mengikis dan memuat turun fail tambahan multimedia dari artikel-artikel sains akses terbuka, repositori dan simpanan-simpanan data. Sehingga kini, bot telah memuat naik lebih dari 13,000 fail kepada Wikimedia Commons dan telah digunakan lebih dari 135 artikel bahasa Inggeris Wikipedia dimana bersama-sama telah mendapat lebih daripada 3 juta paparan. Visualizing Complex Science telah dikenali di atas usahanya oleh Accelerating Science Awards Program (ASAP), dimana PLOS adalah penaja utama.

Tunjuk Lebih
157,000 foto-foto domain awam

Unsplash adalah sebuah platform perkongsian gambar yang unik dimana komuniti ini berpegang teguh kepada norma sosial yang kukuh untuk berkongsi dan memberi pengiktirafan, walaupun, atau mungkin disebabkan, 157,200 gambar-gambar aktif disumbangkan oleh 29,000 jurugambar menggunakan CC0, yang secara efektif meletakkan hasil kerja mereka ke dalam domain awam.

Jurugambar Samuel Zeller mengumpil platform Unsplash untuk meraih kemasyuran, trafik, edaran, dan pelanggan perniagaan untuk kerja beliau.

Gambar Latarbelakang: Geneva Arena, Le Grand-Saconnex, Switzerland oleh Samuel Zeller adalah domain awam melalui CC0

Jurugambar bebas yang menetap di Geneva, Switzerland, Samuel Zeller adalah salah seorang jurugambar yang paling berjaya di dalam komuniti Unsplash. Dalam catatan bersemangat di Medium (juga di bawah lesen CC licensed), Zeller menyatakan bahawa beliau menggunakan aset-aset di bawah lesen CC selama beberapa tahun tanpa memberi semula, sehingga beliau menemui Unsplash dan mula mendermakan sesetengah gambarnya secara percuma. Pendedahan beliau telah melonjak; setakat ini gambar-gambar Unsplash beliau telah mendapat paparan sebanyak 73 juta dan dimuat turun lebih dari 745,000 kali dan hasil kerjanya telah diketengahkan di dalam sebuah perbentangan Apple. Orang dari serata dunia menghasilkan kerja baru dengan foto beliau, termasuk laman web, kulit album, latar belakang app iPhone, dan kulit buku.
Oleh kerana pendedahan ini, hasil kerjanya menarik minat klien yang mahu memberi komisen kepadanya untuk menangkap gambar yang lebih spesifik, dan trafik kepada portfolio beliau dan pelbagai laman web telah meningkat. Hari ini, tambahan kepada foto CC0 beliau di Unsplash, beliau menawarkan portfolio hasil karyanya yang berasingan kepada orang ramai secara percuma di bawah CC BY.

“Fotografi saya terus meningkat, ramai orang yang tersandung pada hasil kerja saya dan saya lebih kerap dihubungi, lebih banyak klien dan projek daripada sebelumnya. Imej mempunyai nilai kerana seseorang mempunyai penggunaan tersebut. Imej-imej yang saya berikan secara percuma adalah seperti mengusik apa yang saya boleh lakukan.”

Tunjuk Lebih
5.8 juta video-video berlesenkan CC

Terkenal dengan video berkualiti tinggi dan komuniti para pembuat filem, Vimeo terus mempelbagaikan perkhidmatannya manakala mengekalkan perkembangan video-video berlesenkan CC.

Sorotan "Alike," sebuah filem pendek

Film pendek yang memenangi anugerah, dihasilkan secara terbuka dan berlesen, “Alike” telah dipaparkan di Vimeo lebih dari 1.5 juta kali.

Tangkapan skrin dari Alike short film oleh Pepe School Land di bawah lesen CC BY-NC-ND 3.0

“Alike” telah diarahkan oleh Daniel Martinez Lara dan Rafa Cano Mende, dan telah dibuat hasil dari kolaborasi bersama bekas pelajar Pepe-School-Land. Filem ini dibuat menggunakan sumber terbuka sistem operasi Linux dan Blender, sebuah suit ciptaan perisian percuma sumber terbuka 3D. Filem ini telah diperkenalkan kepada 120 festival dan telah memenangi hampir banyak anugerah.

Tunjuk Lebih
One Year On: 257,000 pos-post berlesenkan

Sejak Medium menambah pilihan CC untuk penggunanya pada 2015, hampir 260,000 pos telah diterbitkan di bawah lesen CC atau dalam domain awam untuk perkongsian liberal dan penggunaan semula. Sejak May 2015, CC cerita domain awam di Medium telah dibaca dengan jumlah 66,887,202 minit, iaitu lebih dari 127 tahun!

Wartawan Scott Santens menerbitkan bacaan meluas Medium dengan amaran bahawa versi pembelajaran mendalam AI ditetapkan untuk menggantikan jutaan kerja-kerja manusia.

Gambar Latar belakang: Image ne yearf Scott Santens oleh Collision Conf di bawah lesen CC BY 2.0

Santens adalah seorang penulis berpangkalan di New Orleans yang telah menulis untuk Boston Globe dan The Atlantic dalam topik berkenaan kecerdasan buatan dan pendapatan asas universal. Beliau mempunyai lebih 17,000 pengikut di Medium, dan sebahagian dari pembelajaran mendalamnya berlesenkan CC menerima lebih dari 3,000 saranan dan 98,000 bacaan. Karya tersebut menarik bukan sahaja untuk ditonjolkan dalam kekalahan juara dunia Le Se-dol kepada sebuah mesin di permainan Go, atau “Super Ultra Mega Chess,” tetapi untuk amaran bahawa versi pembelajaran mendalam AI ditetapkan untuk menggantikan banyak jutaan pekerjaan manusia. Anda bebas untuk berkongsi, memetik, dan menterjemahkan pos dengan atribusi kepada Scott Santens.

Tunjuk Lebih
30 juta video berlesen CC

Sejak kali pertama perlesenan CC BY telah diaktifkan oleh YouTube untuk pengguna pada tahun 2012, bilangan video-video dibawah CC terus berkembang, berjumlah 30 juta video setakat ini. Video CC BY boleh diadun semula dalam editor video YouTube, dimana muzik dibawah naungan lesen CC BY turut diperolehi untuk diselaraskan dengan video-video yang ada.

Sorotan Public.Resource.Org

Dengan lebih 5,000 video lesen CC BY tentang dan oleh agensi-agensi kerajaan U.S, Public.Resource.Org adalah salah satu pengguna CC tertingi di YouTube.

Obrázok zo Zostaň v kľude a zostaň v taxíku! od PublicResourceOrg je licencovaný pod CC BY 3.0

Public.Resource.Org bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan U.S. dan memuat naik video-video ke YouTube dan Arkib Internet untuk tonton yang lebih besar dan penyertaan daripada warga-warga tempatan. Setakat ini, rangkaian PublicResourceOrg mempunyai lebih dari 47 juta paparan. Video yang paling popular adalah daripada Pentadbiran Kesihatan dan Keselamatan Perlombongan, yang menceritakan tentang operator jentolak yang terkambus di dalam gelombang kaviti akibat timbunan arang batu dan misi menyelamatkan beliau.

Tunjuk Lebih
1.6 juta rekaan-rekaan 3D berlesen CC

Platform dan komuniti pereka-pereka 3D yang berkembang maju, Thingiverse adalah hos kepada 1,620,394 dan rekaan-rekaan 3D yang berkembang disumbangkan oleh pengguna-pengguna di bawah satu lesen CC atau CC0. Rekaan di bawah lesen CC membentuk 98% dari semua karya di atas platform, yang mana fail-fail model 3D turut disediakan.

MacGyver, pereka 3D menghasilkanTengkorak Manusia dengan Mandibel and Gigi bertukar Bekas Kandi adalah transformasi kepada bekas gula-gula terima kasih kepada lima peringkat adunan oleh komuniti Thingiverse.

Gambar latar belakang: TriSkullQuadraClops Candy Dish oleh infamousriz idi bawah lesen CC BY 3.0

Pengguna Thingiverse, MacGyver mencipta reka bentuk terawal Tengkorak Manusia dengan Mandibel and Gigi pada tahun 2012 dan ia dikongsikan di atas platform di bawah CC BY. Pada tahun 2013, MacGyver telah mengadun semula rekaan tersebut kepada Hirisan Tengkorak Manusia dengan Mandibel and Gigi dan pada tahun 2014, pengguna LeFabShop mempermudahkan rekaan tersebut kepada tengkorak yang bertajuk lebih cerdik yang dipanggil To Make or Not to Make. Pada 2015, pengguna OpenSourceClassroom mengandakan reka bentuk ini kepada TriSkull, dan akhirnya pada 2016, pengguna infamousriz menukarkan TriSkull kepada Bekas Kandi pelbagai fungsi yang comel.

Tunjuk Lebih
532,000 runut-runut berlesenkan CC

Sejak Jamendo ditubuhkan pada 2004, ia telah berkembang dari komuniti kecil indie CC kepada platform yang berpesat bagi perkongsian muzik, penstriman, dan perlesenan komersil disamping CC. Setakat ini, 99.8% katalog Jamendo disediakan di bawah lesen CC, dengan jumlah keseluruhan 532,929 runut-runut yang telah dikongsikan dari lebih 40,000 artis dari 150 negara di sekeliling dunia.

Sorotan StrangeZero

StrangeZero, band elektronik dua orang dari Greece, mengeluarkan 8 album dan 2 EP di Jamendo di bawah lesen CC, membawa kepada kolaborasi video dan foto bersama artis-artis lain dan meningkatkan kesedaran muzik bebas.

Tangkapan skrin dari StrangeZero - Nanofly oleh strangezero dan Gregοry Cοlbert di bawah lesen CC BY 3.0

Strangezero melihat Jamendo bukan saja sebagai platform pengedaran muzik tetapi sebagai sebuah jalan untuk mengambil bahagian dan memberi kuasa kepada dunia muzik bebas, mempertingkatkan kesedaran mengenai lesen-lesen Creative Commons sebagai mekanisme berkongsi untuk seni. Masyarakat Greek mengiktiraf usaha-usaha mereka, dan band tersebut telah ditampilkan di MTV Greece dan MAD TV, dimana ia telah mempertengahkan Creative Commons sebagai penyumbang kepada kejayaan mereka dan memperbincangkan peranan CC yang lebih besar di dalam industri muzik. Setakat ini, album StrangeZero telah didengari sebanyak 1.9 juta kali di Jamendo, dengan lebih 200,000 muat turun.

Tunjuk Lebih
29.4 juta fail di bawah lesen CC

Wikimedia Commons adalah repositori fail media untuk Wikipedia dan semua projek Wikimedia yang lain, bermaksud bahawa mana-mana imej yang menggambarkan satu artikel Wikipedia datang dari repositori ini. Majoriti fail adalah imej, tetapi Wikimedia Commons juga mengandungi audio, video, dan dokumen. Setakat ini 29.429.971 fail wujud di bawah lesen CC atau alat domain awam, yang merupakan 84.8% daripada semua fail di dalam repositori.

Pertandingan Wiki Cintakan Monumen 2016Pertandingan Wiki Cintakan Monumen 2016 menarik hampir 11,000 pengguna dari 42 negara untuk menyumbangkan gambar-gambar monumen bersejarah dan tapak-tapak warisan kepada commons.

Gambar latar belakang: Wat Arun oleh BerryJ adalah di bawah lesen CC BY SA 4.0

Wiki Cintakan Monumen adalah pertandingan antarabangsa tahunan untuk mengambil gambar and memuat naik gambar monumen bersejarah dan tapak warisan di seluruh dunia ke Wikimedia Commons. Pertandingan pada tahun 2016 telah menarik 277,365 penyertaan dari 10,748 peserta dari 42 negara. Gambar pemenang adalah sebuah bangunan bersejarah makamah Berlin oleh Ansgar Koreng di bawah lesen CC BY.

“Jika Wikipedia adalah sebuah cerita dunia, Wiki Cintakan Monumen boleh menjadi persembahan slaid yang paling indah.”

Tunjuk Lebih

Terima kasih kerana berkongsi

Laporan State of the Commons tahun ini menceritakan mengenai commons yang menjejaki tempoh baru yang menarik. Karya yang bermula sejak diasaskan 15 tahun yang lalu dengan Creative Commons dan kelahiran lesen-lesen CC yang kini telah membawa kita ke sini, di mana keluasan kolektif Commons melebihi 1.2 bilion jumlah karya di bawah lesen CC, merangkumi seluruh kandungan sebagaimana diubah sebagai sumber pendidikan dan data terbuka, penyelidikan dan muzik, video dan fotografi – dan banyak lagi.

Namun jumlah ini – 1.2 bilion – memberitahu sebahagian daripada cerita yang ada. Apa yang menjadi kemungkinan apabila individu-individu dan institusi-institusi dari seluruh dunia bukan saja setakat memberikan ilmu pengetahuan mereka dan kreativiti secara percuma, tetapi mengambil baton daripada mereka yang telah berkongsikan kandungan untuk mendorong idea-idea tersebut ke hadapan? Perkongsian adalah permulaan untuk setiap karya berlesen, tetapi kolaborasi adalah matlamat terakhir. Setiap lesen CC yang digunakan bukan saja dapat menanda cebisan kandungan, sebuah karya kreatif, atau sebuah produk yang bertahun-tahun dikajiselidik – namun sebenarnya sebuah jemputan untuk bekerjasama — selalunya segerak - untuk membina sesuatu yang baru. Commons adalah suatu kuasa dan sebuah tindakan yang tiada kesudahan daripada penciptaan bersama dan tindakan sesuatu kolektif.

Cerita CC telah lama menjadi antara perkongsian kreativiti dan ilmu dikalangan semua di seluruh dunia. Kini, lebih dari sebelum ini, adalah cerita komuniti: komuniti global yang berkembang di sekeliling nilai-nilai yang kita kongsikan dan perubahan yang kita dapatkan untuk memajukan komuniti tempatan kita. Saat kita menyimpulkan laporan State of the Commons tahun ini, kita juga menjenguk akan tahun seterusnya, dimana komuniti global CC akan melancarkan pada kali pertamanya strategi rangkaian yang dihasilkan secara kolaboratif, sebuah pelan rangkaian untuk masa depan oleh individu-individu dari serata dunia yang membantu untuk membuat CC dan commons global apa yang ada hari ini.

Kuasa dan impak berpanjangan daripada tujuan perkongsian kita dan commons yang telah kita hasilkan bersama terkandung di dalam tenaga dan kreativiti dari projek-projek yang dilihat di sini. Kami berharap bahawa pilihan-pilihan dalam laporan ini memberikan penerangan kedua-dua kepada apa yang telah dicapai setakat ini - dan apa yang masih berpotensi menanti kita.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Google dan platform-platform CC yang lain, rakan kongsi, institusi-institusi, dan individu-individu dari komuniti terbuka web yang meluas yang telah menyumbangkan data penting dan maklumat untuk laporan ini. Laporan State of the Commons menjadi kenyataan disebabkan oleh sumbangan-sumbangan berharga – terima kasih!

Kami ingin membuat penghargaan kepada individu-individu dan organisasi-organisasi ke atas sumbangan-sumbangan untuk laporan State of the Commons tahun ini. Terima kasih!

Pertumbuhan data

Erin Simon, Google
Agnes Toth, Google
Brendan Hickey, Google
Pavel Nalivayko, Google
Gergely Orban, Google
Paul Haahr, Google

Cerita-cerita Impak

Inisiatif Buku Cerita Afrika telah disumbangkan oleh Tessa Welch
Koleksi Coutinho telah disumbangkan oleh Jos Damen
Coutinho Collection was contributed by Jos Damen
Horison telah disumbangkan oleh CC Indonesia
GeoNettelah disumbangkan oleh CC Aotearoa New Zealand
Muzium British dan Sketchfabtelah disumbangkan oleh Alban Denoyel
Pendidikan Terbuka UNIR disumbangkan oleh Fabio Nascimbeni
Datos El Salvador disumbangkan oleh Datos El Salvador
COLIBRI disumbangkan oleh Jorge Gemetto
IQRA University disumbangkan oleh Amber Osman
Maya Zankoul disumbangkan oleh Naeema Zarif
OpenStax Physics telah disumbangkan oleh Sonya Bennett-Brandt
Dr. Amin Azzam disumbangkan oleh TJ Bliss

Platform data dan Sorotan

Joris Pekel, Europeana
Antje Schmidt, Museum für Kunst und Gewerbe Hamburg
Martin Guerber, Jamendo
Cheyenne Hohman, Free Music Archive Ross Oldenburg, Free Music Archive
Sylvia Ng, 500px
Summer Hu, 500px
Paul Friesen, 500px
Heather Balmain, 500px
Neil P. Quinn, Wikimedia Foundation
Guillaume Paumier, Wikimedia Foundation
Juliet Barbara, Wikimedia Foundation
Alex Stinson, Wikimedia Foundation
Maria Cruz, Wikimedia Foundation
Ewan McAndrew, Wikimedian in Residence at University of Edinburgh
Sean McGilvray, Vimeo
Brian Carver, YouTube
Alex Feerst, Medium
Jamie Talbot, Medium
Scott Santens, Writer
David Knutson, PLOS
Donna Okubo, PLOS
Kathryn Hurley, Makerbot
Frank Polcino, Makerbot
Tony Buser, Makerbot
Danielle Ward, DeviantArt
Matt Lee, Libre.fm

Terjemahan

Arabic – Bilal Randeree, Ziad Bennour, Fawzi Baroud, Zahra Shikara, Abir Bouguerra
Catalan – Ignasi Labastida i Juan
Czech – Lucie Straková, Matěj Myška
German – John Weitzmann, Paul Klimpel, Alexander Baratsits, Daniel Hürlimann, Simon Schlauri, Anke Obendiek
Hindi – Sanket Oswal
Indonesian – Hilman Fathoni, Alifia Qonita Sudharto
Japanese – Tasuku Mizuno, Mitsuru Maekawa, Tomo Watanabe, Maki Higashikubo
Korean – Soohyun Pae
Malay – Muid Latif
Slovak – Angela Sobolčiaková, Silvia Lattová
Spanish – Evelin Heidel, Jorge Gemetto, Claudia Cristiani
Ukrainian – Maksym Naumko
Yoruba – Kayode Yussuf

Atribusi Imej

Maklumat atribusi adalah secara langsung terletak di bawah atau bersebelahan dengan imej-imej dalam laporan ini. Kecuali di bawah.

Pelbagai latar belakang imej untuk panel “1.2 bilion karya di bawah lesen Creative Commons” daripada “The Growing Commons”di https://creativecommons.org. Sila lihat laman web untuk butiran imej individu.

Catatan Data & Sumber

Tunjukkan Penghargaan